Sign in or 

TN HJ YAHYA BIN ABU ARSHADGURU BESAR CEMERLANG 2007 | Yang berusaha dan dikasihi,rakan-rakan guru dan kaki tangan SKSI. Bersyukur kita kepada hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia, izin dan hidayahNya dapat kita sama-sama meneruskan lagi amanah dan tanggungjawab bagi menghadapi suasana yang lebih mencabar khususnya pada tahun ini. Kita telah pun sama-sama menghadapi dan mengatasi berbagai cabaran dugaan pada tahun yang lalu. Kita telah bertindak dalam satu pasukan yang terdiri daripada ahli yang komited terhadap perjuangan bagi meningkatkan prestasi pendidikan disekolah ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang memberikan sokongan padu dan kerjasama erat sehingga sekolah kita menjadi institusi yang bermanfaat. Pada tahun ini, ingin saya mengajak seluruh warga SKSI bersama bersatu tekad dan azam untuk menyediakan pendidikan terbaik untuk kejayaan yang lebih gemilang bagi anak didik kita. Berdasarkan prinsip ini, marilah kita sama-sama memainkan peranan masing-masing untuk memartabatkan pendidikan di sekolah kita ini dan juga membina satu budaya kerja yang positif khususnya dalam melaksanakan amanah Tuhan kepada kita dengan rasa jujur, ikhlas redha dan tanpa menghitung penat lelah yang telah dicurahkan. Akhir sekali saya menyeru kepada semua adalah menjadi Harapan saya semoga kita semua mempunyai cukup persediaan dan ketahahanan untuk berkhidmat secara sedar dan tanpa paksaanbagi mempelopori perubahan yang bersesuaian bagi meningkatkan mutu dan kualiti di dalam semua bidang, insyaallah. Sekian terima kasih |
|
nizam |
Latest page update: made by nizam
, Nov 25 2008, 11:38 PM EST
(about this update
About This Update
view changes - complete history) |
|
Keyword tags:
None
More Info: links to this page
|