Meja Pengarang/ webmasterThis is a featured page

nizam
EN MOHAMMAD NIZAM B HASHIM

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.
Saya ingin merakam ucapan terima kasih
kepada semua pelawat/ pengunjung
laman web yang tidak secanggih mana ini
kerana sudi melayari laman web kami ini. Bagi
saya laman sebegini sebenar amat
penting kepada sekolah-sekolah sungguhpun
bagi sesetengah pihak sekolah tidak
begitu mengambil berat atau tentang web
sekolah, bagi saya ia
perlu dibina untuk memperolehi
pelbagai kebaikandan faedah. Sehubungan
dengan itu, saya
mengambil satu langkah mengusahakan
laman web ini untuk semua pengguna sama
ada guru, murid dan semua yang berminat
dengan cara mendapatkan laman percuma
seperti ini. Pihak kami sebenarnya
tidak memperuntukan sebarang bantuan
untuk memajukan laman ini. Oleh itu, inilah
rupabentuk laman web yang mampu saya
usahakan untuk sekolah saya.
Saya akan berusaha meningkatkan
lagi aspek kualiti laman web ini insyaallah.

Meja Pengarang/ webmaster - SK Syed Idrus, Kuang, Chemor

nizam
nizam
Latest page update: made by nizam , Feb 5 2009, 10:09 AM EST (about this update About This Update nizam Edited by nizam

186 words deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
ahmadazman Sumbangan kepakaran berkaitan pengurusan rekod kepada SKSI 0 Oct 3 2009, 8:56 AM EDT by ahmadazman
Thread started: Oct 3 2009, 8:56 AM EDT  Watch
Assalamualaikum En. Nizam/pihak pengurusan SKSI,

Saya Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli. Saya orang Kampung Ulu Kuang, saudara kepada Ustaz Mohd. Rashidi Tahir dan sekarang sedang bertugas sebagai pensyarah di UiTM Shah Alam. Bidang pengkhususan saya di UiTM ialah pengurusan rekod dan arkib. Saya merupakan bekas pelajar SKSI, kalau saya tidak silap bermula pada tahun 1976 hingga 1981 (Darjah 1 hingga 6). Guru besar pada ketika itu ialah Cikgu Man Bin Besah.

Sebelum saya bertugas sebagai pensyarah di UiTM, saya telah bertugas hampir 10 tahun di Arkib Negara Malaysia sebagai Pegawai Arkib. Oleh itu, tugas saya sebagai pegawai arkib dan pensyarah ini telah memberikan saya sedikit pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan rekod/fail/surat menyurat di sektor awam. Sehubungan dengan itu, untuk membalas jasa SKSI yang telah berjaya menjadikan saya sehingga ke tahap sekarang, insyaAllah, saya secara sukarela ingin menyumbang kepakaran saya berkaitan pengurusan rekod kepada SKSI. Ini bermakna saya bersedia membantu menasihat pengurusan SKSI berkaitan kaedah terbaik menguruskan rekod di sektor awam seperti kaedah penyediaan surat rasmi yang mengikut pekeliling kerajaan yang sedang berkuatkuasa, penggunaan dan penyelenggaraan fail dan seterusnya pelupusan fail mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629).

Jika pihak tuan berminat dengan sumbangan sukarela saya ini, pihak tuan bolehlah menghubungi saya di talian 012-9169430 atau 03-79622162 (bilik saya di UiTM). Akhir kata, tolong sampaikan salam saya kepada semua guru dan kakitangan pentadbiran SKSI. Semoga SKSI terus berjaya, insyaAllah.
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
ahmadazman Sumbangan kepakaran berkaitan pengurusan rekod kepada SKSI 0 Oct 3 2009, 8:46 AM EDT by ahmadazman
Thread started: Oct 3 2009, 8:46 AM EDT  Watch

fizie_9834 komuniti bimbingan 0 Sep 3 2007, 1:33 AM EDT by fizie_9834
Thread started: Sep 3 2007, 1:33 AM EDT  Watch
Salam Ukhwah, Pihak kami menjemput semua pelajar dari sekolah tuan/puan untuk meramaikan portal bimbingan, di atamat http://fiziegcsc.wetpaint.com ia boleh dijadikan e-kaunseling di sekolah tempat meluahkan masalah dan pembimbing rakan sebaya dengan sama-sama bantu membantu demi melahirkan insan yang cemerlang.sekian, Akum.
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Showing 3 of 4 threads for this page - view all